31 March 2010

HSBB Oh HSBB!

ada orang kata (kebanyakannya) terutama readers it@metro who are complaining about the price of HSBB yang mahal dan tak masuk akal. mereka beranggapan harga serendah RM149 bukan harga mampu milik yang boleh mengakibatkan rakyat tak minat nak subscribe.
This could mean, HSBB will not attracts the penetration of broadband in the future which currently we have about 33.8 percent and we need to achieve 50 percent by the end of this year! itupun 33.8 percent tu usaha beberapa tahun tu.Mampu ke nak capai 50 percent ni.
Well, if u ask my opinion, HSBB definitely doesn't change Internet penetration. Where are the development of HSBB now? subang, shah alam, bangsar and ttdi which absolutely place for people (majority) who are already have internet connection at home (either fixed or mobile), so think it logically, it's impossible to say you can increase the number of broadband penetration.
Furthermore. the HSBB is far away to be installed in rural areas. so, can we achieve 50 percent? nope.
What has been done by TM is no doubt is a wise move but we have to speed it up and put 500 percent efforts to make it reality. if you could'nt pick up the demand, sub the contract to other parties.
Back to the price...RM149 to makcik or pakcik kat kampung? Can i afford to spend quarter of my income every month just for broadband? even if you have salary at RM3000 a month, do you think you can subscribe to basic HSBB?

05 March 2010

Summon from Khutbah

I listened to really a nice summon from the ‘Khatib’ today during the Friday’s Khutbah…Saying something like this, “Perkahwinan adalah jambatan menuju ke syurga’.
Why is that small little statement could change our life? Perchance you could relate it with these 3 stories.

Story 1 (Case found : 2009)

Selepas tong sampah, kini tayar lori yang dikitar semula pula dijadikan tempat membuang bayi.
Terkini, seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam tayar lori yang dijadikan penanda arah di Kampung Tuah, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Bayi lelaki itu ditemui seorang guru tadika dalam keadaan masih bertali pusat dan dibalut dengan kain.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata ketika kejadian, guru tadika itu dalam perjalanan pulang ke asrama dan sebaik melalui laluan masuk ke kampung itu, dia terkejut apabila melihat seorang bayi lelaki di dalam tayar yang dijadikan penanda arah itu.
“Keadaan bayi itu sihat, masih bertali pusat dan tidak mempunyai sebarang kecederaan. Tiada nota atau wang ditinggalkan bersamanya. .Kami percaya bayi itu baru diletakkan di situ,” katanya.
Beliau berkata, polis yang tiba selepas dimaklumkan membawa bayi itu ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut.
“Bayi lelaki itu akan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sementara waktu,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Hulu Selangor di talian 03-60641222 atau balai polis berhampiran.
Semalam dua kes pembuangan bayi dilaporkan di Kajang, Selangor dengan seorang daripadanya ditemui sudah meninggal dunia di dalam plastik sampah di Surau Al-Ikhlas di Sungai Chua.
Mayat bayi perempuan itu ditemui seorang kanak-kanak kira-kira 5.30 petang dengan dikerumuni ulat dan lebam.
Seorang lagi bayi dipercayai lelaki pula ditemui di hadapan sebuah rumah di Sungai Ramal, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.
Bayi itu dijumpai masih hidup dengan dibalut kain dan polis turut menemui wang tunai RM500 bersamanya.
Story 2 (Case found: 2008)

MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini, semalam.

Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di kawasan itu tanpa sebarang pakaian atau alas.

Menurutnya, dia biasanya terjaga daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi untuk mengupas kelapa, namun semalam, dia terlelap kerana terlewat pulang ke rumah selepas membeli-belah kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun, katanya, sebaik mahu melelapkan mata, sayup-sayup dia terdengar suara tangisan bayi menyebabkannya terjaga kerana menyangka cucunya menangis.

“Bagaimanapun, selepas diamati, tangisan itu bukan datang dari dalam rumah, sebaliknya dari luar lantas saya terus memeriksa dan terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang masih berlumuran darah dan bertali pusat diletakkan dalam lingkaran paip getah yang digulung di bawah rumah.

“Sukar untuk saya percaya masih ada pihak sanggup meletakkan bayi itu di atas simen dengan hanya beralaskan paip getah sebelum segera menghubungi polis,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, selepas memeriksa keadaan sekeliling, dia menemui beberapa tompokan darah di sekitar rumahnya lalu cuba menyusuri tompokan itu dan menemui beberapa kesan tapak kaki menuju ke Kampung Gong Manawang.

“Yang pasti, individu yang membuang bayi itu memang mengetahui laluan masuk ke rumah saya kerana dia tahu untuk menyusuri jalan belakang. Saya juga hairan kerana dalam banyak-banyak rumah di sini, rumah saya dipilihnya,” katanya.

Katanya, dia percaya bayi lelaki itu dilahirkan di kawasan pantai atau berhampiran pantai berdasarkan jenis pasir yang ditemui pada badan bayi berkenaan terutama di kepalanya yang dipenuhi pasir halus.

Harian Metro difahamkan, kedudukan rumah Othman yang agak terlindung dan berhampiran kedai runcit menyebabkan ia dipilih kerana kedai berkenaan sering dikunjungi orang ramai terutama pelajar sekolah berhampiran.

Setakat ini, perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang remaja perempuan secara berseorangan berdasarkan kesan tapak kaki dan tompokan darah yang ditemui sepanjang laluan hingga ke kawasan bayi lelaki itu ditemui.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian sebaik maklumat mengenainya diterima kira-kira jam 5.30 pagi.

“Bayi berkenaan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan polis akan mendapatkan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) bagi membantu siasatan.

“Kes itu kini dikendalikan pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.

Story 3 (Case found: 2008)

KUALA LUMPUR: “Saya tak dapat menahan sebak melihat tubuh bayi comel itu dihurungi semut dan lalat dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” kata Mariam Mahat, 56.

Dia menemui bayi perempuan yang dipercayai baru tiga jam dilahirkan itu dalam reban ayam di Kampung Sungai Kerayong, Cheras, jam 12.30 tengah hari semalam.

Mariam berkata, ketika sibuk memasak, dia terdengar seorang lelaki berteriak memberitahu terdengar tangisan bayi berhampiran rumahnya.

“Saya bersama lelaki itu segera mencari di kawasan semak-samun dan terkejut sebaik melihat seorang bayi perempuan terbaring dalam reban ayam kira-kira 50 meter dari rumah.
“Bayi yang berbogel serta masih bertali pusat itu menangis mungkin kerana terlalu dahaga atau lapar,” katanya di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, dia segera membawa bayi itu ke rumahnya serta memberi sedikit air gula untuk menyelamatkan nyawanya.
“Saya dapat melihat bayi itu cukup dahaga dan kelaparan. Saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan nyawa bayi tidak berdosa itu,” katanya.

Sejurus selesai memberi minuman, Mariam pergi ke rumah jiran untuk menghubungi polis.

Katanya, dia kesal dengan tindakan pihak tidak berperikemanusiaan yang tergamak membuang bayi tidak berdosa itu.

Bayi perempuan seberat dua kilogram itu dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi Neonatal Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Are those cases surprising? If you say no and you think it’s a common nowadays, it shows that the vindictive action is conciliation in our society today. And not astonishing because marriage people also competent to do such thing
Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu