17 September 2008
Kita Pulak Bagi Subsidi Kepada Kerajaan
It's not my intention to talking about politics in this blog but one article grabbed from www.tranungkite.net is really interesting to let people know
Oleh remboe
"Assalamu alaikum dan salam sejahtera,
Sedar atau tidak, dalam pada semua menunggu pertukaran kerajaan kita sebenarnya telah memberi subsidi secara tak langsung kepada kerajaan Pak Lah dengan membayar harga minyak yang lebih dari sepatutnya.
Setakat artikel ini ditulis, harga minyak dunia sudah jatuh ke paras USD 92.7 setong. Kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah yang masih lagi dalam kekalutan politik sekali lagi membelakangkan kepentingan rakyat dengan tidak mengambil apa-apa tindakan yang drastik di atas penurunan harga minyak semasa dunia ini.
Janji telah ditabur dan dicanang kepada rakyat bahawa kerajaan akan memberi subsidi hanya 30 sen per liter kepada rakyat bermakna rakyat hanya akan dapat penjimatan harga minyak sebanyak 30 sen dengan setiap liter yang dibelanjakan untuk memenuhi tangki kenderaan masing-masing. Tapi adakah janji yang dibuat oleh kabinet Pak Lah itu relevan dengan keadaan semasa??Adakah ianya digunapakai oleh Menteri jaga harga minyak, Datuk Shahrir Samad?? Jika mengikut perkiraan mudah, dengan harga minyak sekarang sebenarnya membuatkan rakyat pula yang memberi subsidi kepada kerajaan.
Perkiraan mudahnya seperti di bawah :-
1 barrel(tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (converter di sini)
harga minyak semasa = USD92.7 setong (rujuk sini)
Dulu USD145 x 3.3 (Rate semasa) / 159 liter = RM3 – RM0.30 (Subsidi) = RM2.70
Skrg USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70
Kerajaan jual => RM2.55
Harga tanpa subsidi => RM2.00
Kita tanggung kerajaan = RM0.55 per liter.
Mengikut perkiraan mudah ini, harga minyak tanpa subsidi di Malaysia adalah RM2.00 seliter. Kerajaan menjual kepada rakyat dengan harga RM2.55 seliter. Bermakna rakyatlah yang memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak 55 sen seliter. Berapa banyak agaknya kerajaan dapat dengan mengekalkan harga minyak RM2.55 sen seliter ini? Dan Pak Shahrir, menteri jaga harga minyak berkata bahawa harga minyak akan diturunkan sebelum Aidilfitri sebanyak 15 sen lagi kepada RM2.40.
Dengan harga ini pun, rakyat masih lagi memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak 40 sen. Siapa yang tolong siapa? rakyat ke yang tolong kerajaan atau pun kerajaan tolong rakyat??? Jangan asyik nak pergi melawat sana-sini, tapi rakyat dibiarkan sengsara menanggung kesan kenaikan melampau harga minyak beberapa bulan lalu.
Bangkitlah Pak Lah dari lena. Kapal dah nak karam pun masih lagi lena dibuai mimpi. Mana janjimu dengan mengatakan pilih BN akan menjadikan SELAMAT, AMAN, MAKMUR? Ayuh rakyat Malaysia, bangkit menentang penipuan kerajaan BN pimpinan Pak Lah!!!
Ingat!!!! kamu pemimpin....sama ada kita membuat sejarah, ataupun kita yang akan menjadi sejarah......Renungkan!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment