I don't know if this is funny story for you guys... ;) Just far away from tense moment...
Ahmad merupakan peniaga barangan komputer di tempatnya.Semua orang mengenalinya. Sebut sahaja Bill Gates semua orang kampung mengenali tak kira kecil mahupun dewasa.
Perniagaan komputernya pula semakin lama semakin berjaya hasil jualan lap top kepada masyarakat di kampungnya.Ini disebabkan sudah semakin ramai orang kampung yang celik komputer.
Sehinggalah pada suatu petang, dia singgah untuk minim di warung Pak Itam, diperhatikannya pada sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Sidek sedang berbincang tentang lap top. Kata Sidek Lap top itu haram.Lalu disambut dengan rasa kehairanan oleh rakan-rakannya.
Sebagai penjual komputer Ahmad terasa seolah-olah ayat itu ditujukan padanya. Tanpa berfikir panjang Ahmad terus menyergah Sidek dan mempertikaikan kata-katanya,"Siapa kata lap top tu haram hah!, Tak pernah sepanjang aku berniaga ada mana-mana fatwa yang mengatakan berniaga lap top tu haram, ni memandai-mandai pulak kau buat fatwa,"
" Apa yang salahnya aku cakap, lap top tu cakap bahasa Melayunya komputer RIBA, RIBA kan ke haram?" Kata-kata Sidek menyebabkan kawan-kawannya ketawa berdekah-dekah.Ahmad tak menghabiskan air yang diminumnya dan terus berlalu meninggalkan warung Pak Itam dengan perasaan malu.
22 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment