27 March 2009

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak
boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda
lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon
adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan
untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor
kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci
telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan
kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai
cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta
anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang
menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi
seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta
anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (
satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman
di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan
dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda
tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus
kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk
anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk
menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan
sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah
mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan
bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai
fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon
bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan
panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia
didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci '
*3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri
sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda
mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda
boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri
yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit
nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah
unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya
di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi
pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri
tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit
anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad
simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali
telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun
sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh
menggunakannya ataupun menjualnya

1 comment:

ynnajiga said...

hem- i wish you would write about us sometimes.