30 June 2008

LED Jimat Elektrik



By Afiq Hanif

Evolusi pencahayaan kini diteruskan apabila inovasi terkini iaitu lampu diod pemancar cahaya (LED) dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan fluorescent' (CFL) dan mentol tradisional lain di pasaran.

Lampu dikatakan mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kerana pada kebiasaannya ia hanya menghasilkan tiga watt tenaga selain mampu mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu hangat diperbahaskan.

Pengurus Sokonga Aplikasi Pencahayaan Philips ASEAN, Matthew Cobham, berkata lampu LED juga mesra alam kerana sumber pembuatannya tidak mengandungi merkuri dan ia mempunyai jangka hayat yang lama.

“LED adalah inovasi terkini yang mampu melindungi alam sekitar terutama dari kebocoran merkuri di samping ia adalah contoh teknologi yang tidak melupakan tahap efisyen tenaga malah jika pengguna tercari jawapan kepada isu kos elektrik yang meningkat, LED adalah jawapannya,” kata Cobham.

Tambahnya, kestabilan lampu LED membolehkannya tahan lebih lama yang turut mengurangkan kos penyelenggaraan kerana pengguna tidak lagi perlu kerap menukar mentol malah ia 10 kali lebih cerah.

“Saya ingin memaklumkan, jika semua lampu di Asia Pasifik ditukar kepada pencahayaan tenaga efisyen seperti LED, bil elektrik akan berkurangan sehingga 40 peratus,” katanya.

Cobham menyatakan, ia turut mengurangkan kos tenaga setiap tahun iaitu RM195, mengurangkan 245 tan pengeluaran karbon dioksida setiap tahun, 55 juta tong minyak setiap tahun dan mengurangkan 190 tapak pemprosesan tenaga.

Pengumuman Kerajaan Malaysia mengenai kenaikan tariff elektrik membebankan namun dengan lampu LED, ia penyelesaian terbaik yang mengurangkan masalah kepada pengguna walaupun kos membelinya sedikit mahal.

Tambahnya, dari segi dekorasidan rekaan, lampu LED adalah pilihan terbaru kepada pereka untuk dijadikan sumber dalam rekaan mereka.

“Lampu LED sangat bersesuaian sama ada untuk rumah atau pejabat kerana ia memiliki 16 juta warna yang berlainan malah ia jika lampu ini digunakan di dinding, ia memberi warna mengikut kesesuaian dan boleh ditukar bila-bila masa.

Contohnya, pengguna tidak lagi perlu menukar cat jika mahu warna yang baru tapi cukup dengan menukar lampu LED memberikan kepelbagaian warna dikehendaki di dinding rumah atau pejabat, ” katanya.

No comments: