04 July 2008

First Award, First Achievement, Thanks Sony













Yesterday I received a 2nd place for Best Print Media (Bahasa) at Sony Malaysia Media 2007 (SOMA) for the first time in my career behind my boss. Hihihi. Thanks to Sony Malaysia and I’ll continue to contribute excellent article in the future.

Here’s the article worth RM1,000 + RM500 voucher from Sony!

Date : 30/05/2007
Page Number : 02
Headline : Paparan jelas, terang, tepat
Words : 1374
Byline : Oleh Afiq Hanif
Column Name : Fokus
Text :

PERUBAHAN teknologi begitu pesat hingga ada ketikanya kita tidak sedarbila masa ia berlaku sedangkan pelbagai produk kini membanjiri pasaransehinggakan ada segelintir daripada kita yang ketinggalan kerana tidakmengikuti perkembangannya.

Begitu juga halnya dengan teknologi berkaitan resolusi produk berkaitanunit paparan elektronik seperti televisyen, monitor, plasma dansebagainya termasuk sumbernya seperti pemain cakera Blu Ray, kameradigital mahupun kamera video.

Revolusi teknologi definisi resolusi menyaksikan manusia mendapatmanfaat dengan paparan hiburan seolah-olah ia dihidangkan depan matasehingga kita sendiri merasakan tempias aksi di kaca TV.

Semua itu dapat digabungkan jika definisi tinggi dilaksanakan bermuladari peringkat rakaman kamera video hingga paparannya di TV.

Resolusi bukan sekadar terus melonjak kepada definisi tinggi (HD)tetapi ia bermula dari bawah iaitu kewujudan TV definisi rendah (LDTV)mengaitkan sistem yang mempunyai resolusi rendah.

Mod video 1080p mewakili resolusi 1080 garisan menegak HD dan digelar`True HD' atau `Full HD'.

Kemampuan simpanan untuk 1080p disimpan pada cakera Blu Ray atau HD DVDyang mula diperkenalkan sejak HD mendapat tempat di pasaran.

Ia sering merujuk kepada TV digital apabila resolusi penyiaran menyamaisistem analog.

Sumber biasa boleh didapati pada program LDTV ialah Internet keranapenyebaran secara umum untuk fail yang besar menyebabkan pelayanmengambil masa lama untuk dipindah turun.

Peralatan seperti iPod dan Sony Playstation mudah alih menggunakanvideo LDTV kerana saiz skrin dua produk terbabit lebih kecil iaitu 320 x240 dan 480 x 272 piksel.

Definisi standard diguna pakai oleh kebanyakan televisyen dan penyiarandi dunia termasuk Jawatankuasa Kemajuan Sistem Televisyen (ATSC) dalam704 piksel x 480 garisan dengan nisbah aspek 16:9 atau 4:3.

TV definisi tambahan (EDTV) memiliki kualiti gambar melebihi apa yangdisiarkan di Jawatankuasa Kemajuan Televisyen Negara (NTSC) atau FasaGarisan Bergilir (PAL) iaitu kod warna digunakan untuk sistem siaran.

Ketika manusia menjejakkan kaki ke tahun 2001 ke atas, TV definisitinggi (HDTV) mula menemui penonton.

Bagaimanapun, tidak semua dapat merasai tontonan berkualiti HDTV keranasetakat ini, syarikat penyiaran di Eropah dan Jepun saja yangmelaksanakan penyiaran definisi tinggi secara menyeluruh.

HDTV bukan tertakluk kepada unit pemapar saja malah merangkumi standardsistem penyiaran secara digital dengan resolusi tinggi berbandingstandard tradisional seperti NTSC atau PAL yang diperkenalkan buatpertama kali pada 1990-an oleh sekumpulan syarikat elektronik digelarPakatan HDTV Digital Utama.

Standard HDTV semasa mengikut takrifan Kesatuan TelekomunikasiAntarabangsa sebagai 1080 jalinan aktif atau 720 garisan imbas progresifmenggunakan nisbah aspek 16:9.

Ia menawarkan lebih kualiti gambar dan suara berbanding formattelevisyen biasa. Paparan gambar lebih jelas tanpa kabur dengan gabungan warna asli danbunyi keliling melalui format Dolby Digital (AC-3).

Kebanyakan televisyen di pasaran memiliki standard HD tetapi terdapatmasalah di Amerika Syarikat (AS) apabila separuh daripada 24 juta yangmemiliki HDTV tidak menerima program dalam HD memandangkan mereka tidakmenyediakan penerima khas daripada kabel.

HDTV didatangkan dengan penerimaan isyarat termasuk melalui udaradisambungkan kepada antena, perkhidmatan rangkaian penyiaran olehsyarikat televisyen kabel (tiada di Malaysia), syarikat TV menggunakansatelit, sistem permainan video seperti Xbox, Xbox360 serta Playstation3dan dua cakera optikal iaitu Blu Ray dan HD DVD.

Walaupun pengguna membeli HDTV tetapi saluran penyiaran masih dalamdefinisi biasa tidak berguna juga.

Oleh untuk, untuk mendapatkan paparanberdefinisi tinggi, sumbernya juga mestilah berdefinisi tinggi.

Walaupun sistem penyiaran di kebanyakan negara belum berdefinisitinggi, namun pemain semula video digital seperti pemain cakera Blu-Raysudah memasuki pasaran.

Oleh itu, rangkaian daripada rakaman perlu untuk membolehkan akseskepada HD bersesuaian formatnya.

Sony sendiri mula mengeluarkan produk imejan digital dalam bentuk HDmelalui kamera video model HDR UX7/E dan HDR UX5/E.

Panasonic Malaysia Sdn Bhd pula memperkenalkan kamera video HD SD1 danDX1 serba baru yang direka bentuk sejajar dengan perubahan besar bidangvideo ke arah skrin TV yang lebih besar dan jelas.

Kedua-dua model menggunakan format peleraian tinggi (AVCHD) danbercirikan sistem kamera 3CCD yang banyak digunakan untuk penyiaranprofesional.

JVC Sales & Services (Malaysia) Sdn Bhd memperluaskan rangkaian produkaudio videonya apabila memperkenalkan HD Everio GZ-HD7, kamera videoberdefinisi tinggi (HD) dengan keupayaan resolusi rakaman 1920 x 1080ipiksel.

Model terbaru ini turut didatangkan dengan rumusan HD CU-VD40 untukmemindahkan terus data rakaman ke dalam DVD tanpa menggunakan komputerperibadi (PC).

VD40 menyokong standard penyambungan berkabel USB, MultimediaAntaramuka Definisi Tinggi (HDMI) atau i.Link.

HDMI menghubungkan kamera video kepada televisyen atau komputer untukmenghantar fail secara HD melalui antaramuka `input' atau `output'.

Ia menghantar protokol dan spesifi kasi elektrik untuk isyarat termasuk`pin-out', elektrikal dan keperluan mekanikal untuk kabel sertapenyambung.

Standard penghubung HDMI mempunyai 19 pin disokong `bandwidth' untukmod SDTV, EDTV dan HDTV.

Kebanyakan syarikat pengeluar produk audio visual mula berlumba-lumbauntuk menonjolkan HDTV masing-masing.

Samsung Electronics bertekad untuk memanfaatkan inovasi terkininya kedalam teknologi dan reka bentuk bagi memperkenalkan gaya hidup yang lebihmenarik kepada pengguna.

Mereka menumpukan kepada pasaran TV berdefinisi tinggi (HD) denganrangkaian baru merangkumi TV LCD HD Penuh M8 dan TV Plasma Q9.

Tidak ketinggalan Rangkaian televisyen yang dikenali `Time Machine'dikeluarkan LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG) membawa perubahan kepadapendekatan tontonan umum apabila pemiliknya boleh menonton kembalitayangan yang dirakam menerusi model terbaru itu.

Siri televisyen Time Machine diperkenalkan dengan televisyen plasma HDpada saiz 42 inci dan 50 inci, manakala televisyen LCD HD bagi saiz 42inci.

Ia turut mengetengahkan HDMI bagi produk terbarunya itu apabilapemiliknya hanya memerlukan satu kabel untuk semua fungsi yang disediakan.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Eksekutif LG, I G Kim, berkata LGadalah syarikat pertama yang memperkenalkan televisyen dengan teknologiDVR menerusi produk plasma dan LCD HD.

Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) memperkenalkan lapan produk HDtelevisyen siri Viera plasma dan LCD yang menawarkan kepuasan ketikamenonton.

Sebagai syarikat pengeluar terbesar paparan panel skrin rata di dunia,Panasonic akan terus memperkukuhkan posisi mereka dengan mempertingkatkannilai serta prestasi dalam menghasilkan produk visual HD era baru danlebih bertenaga.

Syarikat itu akan memperkenalkan rangkaian produk definisi tinggi (HD)bagi menggantikan definisi standard (SD) menjelang 2011.

Ketua Bahagian (Sistem Perniagaan) Panasonic, Jeff W L Lee, berkatapengguna akan menikmati kualiti visual berteknologi HD daripada produkplasma, projektor, kamera, cakera padat dan kamera video. Selain itu terdapat dua produk projektor Definisi Tinggi (HD) Panasoniciaitu PTAX100E dan PTAE1000E yang kini memasuki pasaran Malaysia.

Sony menunjukkan komitmen dalam pembentukan HD secara menyeluruhmelalui televisyen LCD projektor Paparan Refl eksi Kristal Silikon (SXRD)siri Bravia, khususnya bagi pasaran premium tempatan.

Model baru Bravia televisyen LCD projektor Definisi Tinggi (HD) lengkapitu ditampilkan dengan saiz skrin antara 50 inci, 60 inci dan 70 inci.

Produk terbaru itu lebih unik apabila ia dilengkapi panel SXRD generasiketiga bagi setiap model yang ditawarkan untuk pasaran tempatan padaresolusi tinggi 1920 x 1080 piksel.

Teknologi enjin Bravia HD bagi televisyen LCD projektor SXRD itu bolehmenukarkan proses isyarat analog kepada digital dengan mengurangkankehilangan kualiti gambar dan kebisingan pada video.

Canon mula meneroka pasaran HD sejajar dengan pertumbuhan segmenberkenaan yang dijangka mencapai 174 juta pengguna menjelang 2010.

Kajian fi rma Amerika Syarikat, Screendigest mendapati penerapan HDakan dipengaruhi pembangunan dalam peralatan dan industri penyiaranmanakala peningkatan pasaran televisyen HD didorong pengendali televisyenberbayar yang ingin meningkatkan bilangan pelanggan.

Permintaan dunia terhadap rancangan HD dijangka me ningkat 17 peratussetiap tahun didorong pertumbuhan saluran TV HD dari 67 tahun lalu kepadalebih 200 pada 2010. Ini bermakna penyiar saluran percuma perlu mempertingkatkan rancanganmereka dalam penyiaran HDTV dan beralih daripada SD kepada HD.

Canon berkeyakinan trend semasa mampu mempengaruhi syarikat produksidan pembikin filem bebas yang mula menerbitkan drama serta filem dalambentuk HD.

Seiring perkembangan pantas teknologi penggambaran abad ini,penghasilan filem format digital menggunakan teknologi HD mulamendominasi industri pengeluaran, perlahan-lahan menggantikan filemseluloid 35mm dan 16mm.

Penggunaan teknologi HD ini menjadi pilihan utama pembikin filem masakini dari dalam dan luar negara untuk memaparkan idea dan ideologimasing-masing di layar perak.

Penggunaan HD di Malaysia dalam bidang perfileman mungkin masih baruberbanding filem Star Wars yang menggunakan 100 peratus kamera HD untukmenampakkan kesan khas filem itu, begitu juga The Matrix.

Tahun lalu, Sky HD dirasmikan di United Kingdom dan Ireland membolehkanperkhidmatan HDTV menggunakan SkyHD Digibox yang membabitkan kos ribuanringgit untuk pemasangan. Ia menarik perhatian umum dengan 184,000 pelanggan berdaftar sehingga2006 berakhir.

1 comment:

HarlymYeo said...

Syabas bro on your first achievement! Tapi 'achievment' pada tajuk tu salah eja. Hehehe..:) Takpe, manusia tak perfect maa...

Singgahlah ke blog i. Ada entri baru pasal kereta Audi A4.

http://harlymyeo.blogspot.com/