19 October 2010

Antara Warisan 100 Tingkat dan Chow Kit


Bila PM buat pembentangan Bajet 2011,Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengumumkan apa yang disebut sebagai projek bersepadu Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Tup! Tup! Hari ini ada berita yang sedikit best.

KUALA LUMPUR: Lebih 20 kedai menjual pelbagai barangan di Jalan Raja Bot, bersebelahan pasar Chow Kit, di sini musnah dalam satu kebakaran malam tadi yang dipercayai akibat litar pintas.

Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu jam 9 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian empat minit kemudian.


Katanya, pihaknya turut mendapat bantuan dari beberapa balai bomba berhampiran kerana kebakaran itu membabitkan jumlah kebakaran yang agak besar.


“Unit Hazmat turut dipanggil berikutan terdapat sebuah kedai menjual daging beku yang dikhuatiri boleh menyebabkan kebocoran gas ammonia. Bagaimanapun, selepas diperiksa tiada kebocoran dikesan.


“Api dapat dikawal kira-kira 30 minit sebaik anggota kami tiba dan api padan sepenuhnya 90 minit kemudian.

“Setakat ini, jumlah kebakaran dan punca kejadian masih dalam siasatan. Walaupun saksi memaklumkan ada terdengar bunyi letupan, kami percaya ia berpunca daripada tong gas memasak,” katanya.


Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana ketika kejadian semua kedai berkenaan sudah menutup perniagaan masing-masing. HM


Mungkin daripada Najib buat menara 100 tingkat, lebih baik mengindahkan Chow Kit yang sepatutnya menjadi mercu tanda KL sejak sekian lama tapi sekarang dah jadi mercu tanda Indonesia dan Afrika. Hmm!

No comments: